Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
July 3, 2014 | Editor's DeskAdakan anda berminat untuk mengikuti Program Matrikulasi / Asasi bagi persediaan untuk menyambung kursus di peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam? Sila ikuti antara syarat-syarat berikut:
Tawaran & Tarikh Tutup
1.0? Cara Permohonan
Mulai sesi 2011/2012, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia hanya menggunakan permohonan melalui internet sahaja.
2.0? Tarikh Tutup
Tarihk tutup ialah pada 10 Oktober 2014.
3.0?Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.?
4.0? Semakan Permohonan
Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu pada awal atau pertengahan bulan Februari 2015 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.
5.0? Semakan Keputusan Permohonan
Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu pada awal atau pertengahan bulan April 2015 untuk mengetahui status permohonan.?
6.0? Surat Tawaran dan Pendaftaran
Pelajar perlu mencetak sendiri surat tawaran dan membawa bersama semasa calon mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.
7.0? Rayuan
Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan.
Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila layari:
View Other categories: NATIONAL | CAMPUS | ACHIEVEMENT | EDITOR'S DESK