Deadline | 28 Mac 2018 |
---|---|
Organisation Type | Government Agencies |
Fund Type | Scholarship |
Organisation Address | Blok C1-C2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P Putrajaya, Malaysia Telefon: 603 8000 8000 |
Study Local or Abroad? | International |
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) mempelawa pemohon untuk mengemukakan pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) di Kementerian/Jabatan/Agensi untuk memohon kemudahan Program Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2018 bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa.
?
Tarikh Tutup Permohonan / Pencalonan
Tarikh tutup permohonan secara dalam talian bagi pegawai yang ingin memohon adalah pada?28 Mac 2018.
Tarikh tutup pencalonan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan juga adalah pada?28 Mac 2018.
?
Syarat-Syarat Pencalonan
- Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap.
- Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan.
- Umur tidak melebihi 39 tahun pada 12 Oktober 2018.
- Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik.
- Telah megisytiharkan harta.
- Mencapai Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2014, 2015, 2016 atau 2015, 2016, 2017). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan.
- Bersih daripada pertuduhan / tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah.
- Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA.
- Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari 12 Oktober 2018).
- Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas.
- Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti, dan
- Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai.
?
Tatacara Permohonan / Pencalonan
- Tanggungjawab Pegawai
- Pegawai-pegawai yang berminat perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal??dan melengkapkan borang-borang seperti berikut:
- Borang JPA(L)LDP 1B/96
- Borang JPA(L)LDP 1A/96 (LAMPIRAN B)
- Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C) dan
- Application Form 2018 Selection - New Zealand Commonwealth Scholarship
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar kepada Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:
- Salinan Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip).
- Salinan Ijazah Sarjana atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip).
- Application Form 2018 Selection - New Zealand Commonwealth Scholarship
- Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan?TIDAK AKAN DIPROSES?untuk tujuan pertimbangan.
- Pegawai-pegawai yang berminat perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal??dan melengkapkan borang-borang seperti berikut:
- Tanggungjawab Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan
- Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan adalah dinasihatkan supaya membuat semakan yang teliti dan memberi sepenuh perhatian kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab?Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan untuk memperakukan pegawai-pegawai yang sesuai serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja.
- Semua pencalonan hendaklah diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2005. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab?Panel Pembangunan Sumber Manusia untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:
- Mengisi Borang Laporan Panel Pembangunan Sumber Manusia Kementerian / Jabatan untuk kursus dalam perkhidmatan - JPA(L)LDP1A/96 (LAMPIRAN B) dan Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C), dan
- Hanya pencalonan yang disokong dan diperakukan oleh PPSM sahaja yang perlu dikemukakan kepada Jabatan ini. Perakuan pencalonan?mestilah dikemukan bersama-sama dokumen-dokumen seperti di atas.
- Pemilihan calon akan ditentukan oleh pihak Biasiswa Komanwel New Zealand selaku penaja dan keputusan bagi calon-calon yang berjaya akan diumumkan pada bulan Oktober 2018.
- Keterangan lanjut mengenai?Program Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2018, syarat-syarat permohonan dan tatacara pencalonan boleh diperolehi dengan melayari portal ?atau?.
- Pencalonan yang lengkap hendaklah dikemukakan sebanyak 2 salinan (1 salinan asal dan 1 salinan fotostat) ke jabatan ini di alamat berikut:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
62510 Putrajaya
Pertanyaan Penajaan
W:?8.30 pagi - 5.30 petang
T:?03-8885 3546
E:?[email protected]
Source:?