色狼社区

Bachelor of Medicine and Surgery #

Course Information

Mode: Onsite
Duration: 10 Sem
Type: Full-time Study
Conducted in Malaysia: Yes
Level of Study: Bachelor's Degree Level
Field of Study: Medicine & Healthcare
Faculty: Faculty of Medicine
Awarding Country: Malaysia
Exam Body: Internal Degree, Malaysia
Fees: 600 - 1000*/sem / 1100/Sem (international)

Course Overview

Program Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) telah dimulakan pada sesi akademik Julai 2009/2010 dengan pengambilan pelajar seramai 30 orang. Program ini merupakan program pengajian sepenuh masa. Tempoh pengajian mengambil masa minimum selama lima tahun untuk mendapatkan ijazah dan tidak melebihi tujuh tahun (dari tarikh pendaftaran pertama pengajian).

Entry Requirements

  1. Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam Bahasa? Malaysia

Lulus peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya:

  1. Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am

dan

  1. Gred C (NGMP 2.00) dua mata pelajaran lain

atau

Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains sekurang-kurangnya 2.0

atau Kelayakan diploma atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya dan diiktiraf oleh SENAT UniSZA

dan

Lulus?"Malaysian University English Test" (MUET) sekurang-kurangnya Band 1.

  1. Syarat Khas Fakulti

Lulus matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan kelulusan setara dengan mendapat sekurang- kurangnya minimum PNGK 3.60

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ pada peringkat matrikulasi dalam? matapelajaran berikut:

  1. Biologi
  2. Kimia
  3. Fizik / Matematik

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ pada peringkat SPM dalam? matapelajaran berikut:

  1. Matematik / Matematik Tambahan
  2. Biologi
  3. Fizik
  4. Kimia

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ pada peringkat SPM dalam? matapelajaran Bahasa Inggeris.

dan

Lulus?"Malaysian University English Test" (MUET)?sekurang-kurangnya Band 3.

Dan

Tiada kecacatan anggota

Dan

Lulus dalam penilaian temuduga

Career Prospects

Selepas berjaya menjadi doktor perubatan, graduan? dikehendaki menjalani perkhidmatan wajib dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Tempoh lama perkhidmatan adalah bergantung kepada jenis penajaan yang diterima semasa pengajian. Dua tahun yang pertama merupakan latihan siswazah atau?housemanship. Pada masa ini, doktor baru akan belajar menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan yang sebenar di hospital-hospital besar kerajaan. Selepas itu, mereka akan dilantik sebagai pegawai perubatan dan akan ditempatkan sama ada di hospital besar, hospital daerah ataupun di klinik kesihatan di seluruh negara.

Pegawai perubatan yang telah berkhidmat selama tiga tahun berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana kepakaran perubatan ataupun sarjana sains yang ditawarkan oleh universiti-universiti tempatan dan luar negara. Selain daripada itu, pegawai perubatan juga boleh menduduki peperiksaan luaran seperti Royal College di United Kingdom, Ireland atau Australia untuk menjadi seorang pakar perubatan. Bagi kursus sarjana kepakaran perubatan di universiti tempatan, ianya mengambil masa minimum selama empat tahun.

Selepas lulus pengajian sarjana kepakaran perubatan dan diwartakan, mereka akan dilantik sebagai pakar perubatan dan seterusnya berpeluang mendapat kenaikan pangkat sebagai pakar perunding. Pakar perubatan juga boleh menyertai universiti tempatan untuk menjadi pensyarah perubatan di fakulti perubatan universiti tempatan.

  • All fees are in RM (Ringgit Malaysia) currency unless stated otherwise.

Ask About This Course

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会