Objektif program ini adalah untuk melahirkan para pendidik yang berketerampilan dalam pendidikan awal kanak-kanak dan berupaya menyepadukan dan menggunakan prinsip-prisip perkembangan kurikulum, pengajaran dan pentafsiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Program ini juga digubal untuk melahirkan graduan yang berijazah dan bestari serta berupaya mengaplikasikan peranan profesional pendidik awal kanak-kanak dalam masyarakat pelbagai budaya yang sedang mengalami perubahan sosial dan teknologi yang berterusan.
Struktur program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak merangkumi Kursus Universiti, Kursus Teras, Kursus Pengkhususan, Kursus Elektif dan Latihan Mengajar.
SENARAI KURSUS | KREDIT |
a. Kursus Universiti | 14 |
b. Kursus Teras | 61 |
c. Praktikum | 8 |
d. Kursus Elektif | 9 |
JUMLAH | 92 |
a. Kursus Universiti
NAMA KURSUS | KREDIT |
Bahasa Melayu | 2 |
Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia | 2 |
Penghayatan Etika dan Peradaban | 2 |
Asas Keusahawanan | 3 |
English Proficiency 2 | 2 |
Kokurikulum 1 Pembimbing Rakan Sebaya |
1 |
Kokurikulum 2 Kembara Alam |
1 |
Kokurikulum 3 Pasukan Pertolongan Cemas 1 |
1 |
JUMLAH | 14 |
b. Kursus Teras
NAMA KURSUS | KREDIT |
Falsafah, Teori dan Dasar Pendidikan Awal Kanak-Kanak | 3 |
Falsafah, Pendekatan dan Kandungan Kurikulum PERMATA | 3 |
Persekitaran Pembelajaran yang Responsif untuk Bayi dan Kanak-kanak | 3 |
Child Growth dan Development | 3 |
Analisa Kurikulum Prasekolah | 3 |
Pedagogi dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak | 3 |
Perancangan, Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak | 3 |
Pendidikan Kesihatan dan Keselamatan untuk Awal Kanak-kanak | 3 |
Bimbingan Tingkah Laku Awal Kanak-kanak | 3 |
Social Studies in Early Childhood Education | 3 |
English for Young Leaners | 3 |
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Awal Kanak-kanak | 3 |
Matematik dan Sains Awal Kanak-kanak | 3 |
Seni dan Kraf Awal Kanak-kanak | 3 |
Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak | 3 |
Muzik dan Pergerakan Kreatif | 3 |
Pemerhatian dan Penilaian Kanak-kanak | 3 |
Pengesanan Kanak-kanak Berkeperluan Khas | 3 |
Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak | 3 |
Projek Laporan Akhir | 4 |
JUMLAH | 61 |
c. Praktikum
NAMA KURSUS | KREDIT |
Praktikum | ?8 |
? JUMLAH | ?8 |
d. Kursus Elektif
Pelajar perlu mengambil tiga (3) kursus elektif yang bernilai 9 jam kredit. Selain daripada kursus elektif yag disenaraikan di bawah, pelajar juga boleh memilih elektif dari mana-mana bidang pengkhususan.?
?
NAMA KURSUS | KREDIT |
Penjagaan Bayi dan Kanak-Kanak yang Berkualiti* | 3 |
Aplikasi ICT dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak* | 3 |
Sastera dan Teknik Bercerita* | 3 |
Perkembangan Bayi dan Awal kanak-kanak | 3 |
Perkembangan Moral dan Sahsiah Kanak-kanak | 3 |
Pendidikan Islam Awal Kanak-kanak | 3 |
Persekitaran Pembelajaran Awal Kanak-kanak | 3 |
Falsafah dan Polisi Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas | 3 |
Strategi dan Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas | 3 |
Rancangan Pendidikan Individu | 3 |
Reka Bentuk Ruang, Peralatan dan Permainan | 3 |
Pembinaan Bahan Pengajaran(Media Bukan Elektronik) untuk Awal Kanak-kanak | 3 |
Pemilihan dan Penilaian Bahan Pengajaran untuk Pendidikan Awal Kanak-kanak | 3 |
Isu-isu dan Polisi dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak | 3 |
Kepimpinan dan Pengurusan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak | 3 |
Mengajar Awal Membaca dan Menulis Bahasa Melayu | 3 |
JUMLAH | 9 |
?* Pelajar-pelajar hanya perlu memilih tiga (3) kursus sahaja yang bernilai 9 jam kredit.
SYARAT AM
SPM with at least 3 credits including Bahasa Melayu and pass in Sejarah
SYARAT KHAS
SPM with at least 5 Grade C in any 5 subjects
AND
SPM at least Grade D in Mathematics and English